MENGENAI KAMI PROGRAM KUALITI
MS ISO 9001:2015
Skop Pelaksanaan
- KMB melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pembangunan Hartanah, Pembinaan / Kontrak dan Pelaburan berasaskan keperluan piawaian MS ISO 9001:2015
Dasar Kualiti
- KMB adalah komited untuk merancang dan menguruskan Pembangunan Hartanah, Pembinaan / Kontrak dan Pelaburan yang diceburinya bagi menjana pulangan pelaburan yang optimum dengan memenuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti secara cekap dan berkesan.
- KMB juga komited dalam penambahbaikan yang berterusan bagi memnuhi kehendak-kehendak pelanggan.
Pelan Strategik
- Business Excellence
- Menjana sekurang-kurangnya rezab tunai sebanyak RM 2 juta atau 5 bulan operasi.
- Menyasarkan untuk membida sekurang-kurangnya 5 tender kerajaan/swasta dalam kelas G7/kementerian kewangan.
- Membangunkan sekurang-kurangnya 1 projek hartanah secara komersial/perumahan secara usahasama atau dengan kaedah yang lain membawa pulangan keuntungan/balasan sepertimana yang dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah KMB.
- Mensasarkan sekurang-kurangnya purata 80% hasil dan utilisasi ruang sewaan pada setiap tahun.
- 100% pemantauan terhadap perundangan dan kontrak.
- Financial Sustainability
- Mendapatkan bayaran projek sebanyak RM12.6 juta pada 2018.
- Mengurangkan liability syarikat sebanyak RM11.8 juta pada 2018.
- Penyediaan Penyata Kewangan Beraudit Tahun Semasa bagi mematuhi Akta Syarikat 1965.
- Melaksanakan 100% projek tanpa tambahan kos kecuali arahan kerja tambahan yang dipersetujui bersama.
- Productivity
- Ke arah produk berkualiti dengan aduan kecacatan (jika ada) disempurnakan dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).
Menyiapkan setiap projek pembinaan/kontrak yang dilaksanakan dalam tempoh asal kontrak yang dipersetujui bersama kecuali terdapat Extension of Time (EOT) yang diluluskan.
- Penyediaan Perjanjian Usahasama/MoU/NDA/Shareholder Agreement dilaksanakan scara dalaman.
- Menjalankan audit dalam ke atas semua jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun dan memantau 100% tindakan terhadap penemuan audit.
- Corporate Branding
- Menjalankan sekurang-kurangnya 3 program berkaitan CSR/Penjenamaan KMB pada 2018.
- Anggota teknikal yang terlibat dengan lawatan tapak diwajibkan memiliki kad CIDB (hijau) dan menghadiri taklimat keselamatan.
- Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan perlu mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali bagi tempoh setahun.
- Persijilan MS ISO 9001:2015 diperbaharui setiap tahun.
Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-04-2019 :: 04:18 PM