HOMESTAY LAMAN CIKGU BEDAH

Bilik dan kemudahan yang disediakan:

Ianya sebuah rumah berkonsepkan rumah tradisional orang Melayu yang dilengkapi dengan 1 bilik tidur utama dan 2 bilik tidur serta 4 bilik air. 2 bilik air dalam rumah, 2 bilik air luar rumah. 1 Bilik tidur utama dilengkapi dengan katil antik dan tilam kekabu. Dilengkapi dengan kipas siling, penghawa dingin, almari, rak sejadah, dan ampaian tuala. Bilik kedua terletak di ruang tengah rumah yang dilengkapi dengan katil bersaiz Queen, kipas angin, almari, rak sejadah dan ampaian tuala. Bilik ketiga pula terletak di ruang ibu rumah yang dilengkapi dengan katil bujang, kipas angin, almari dan ruangnya yang luas boleh menempatkan sehingga 8 orang.

  • Ruang dapur
  • Peralatan memasak
  • Peti sejuk
  • Meja makan
  • Ruang serambi
  • Set kusyen
  • Televisyen
  • Bahan-bahan bacaan
  • Kemudahan BBQ

Laman Cikgu Bedah juga terdapat 2 buah chalet yang masing-masing mempunyai 1 bilik, 1 bilik air serta anjung.

  • Penghawa dingin
  • Televisyen
  • Peti Ais
  • RO Water

Hubungi kami:

Kadar yang dikenakan :

  • RM 250 semalaman (Rumah Tradisional)
  • RM 100 semalaman (chalet)

Alamat :

  • Homestay Laman Cikgu Bedah
    Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai,
    77400 Melaka

Lokasinya strategik berdekatan dengan pelbagai tempat yang menarik antaranya:

  • Sawah padi dengan keluasannya lebih dari 300 ekar. Selain daripada memancing kawasan sawah padi ini juga popular sebagai tempat jogging dan berbasikal pada waktu pagi dan petang.
  • Terdapat 2 pengkalan nelayan berhampiran Sungai Rambai iaitu Pengkalan Leban di Sungai Rambai dan Parit Karang dan Kesang Laut di Kesang Muar.
  • Rumah Demang Abdul Ghani terletak 15 kilometer dari Sungai Rambai

Tarikh Akhir Kemaskini :: 07-07-2015 :: 04:53 PM

Pautan Agensi Kerajaan Negeri