PELABUHAN TANJUNG BRUAS, MELAKA

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diswastakan kepada syarikat KMB Seaport Sdn. Bhd. dan diberi konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Melaka Berhad mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 30% dan Seaport Management Services Sdn. Bhd. 70% di dalam penswastaan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka. Sebagai rakan usahasama yang strategik Seaport Terminal melalui syarikat induknya MMC Corporation Berhad mempunyai rangkaian sebanyak 5 pelabuhan yang terdapat di Malaysia iaitu Pelabuhan Pasir Gudang ( Johor Port ), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Utara ( North Port ), Pelabuhan Pulau Pinang ( Penang Port ), dan Pelabuhan Tanjung Bruas.  Lokasinya terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia berhadapan Selat Melaka iaitu terletak diantara Pelabuhan Kelang, Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Jarak Pelabuhan ini terletak kira-kira 156 km melalui jalan raya dari Kuala Lumpur dan 90 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Bandaraya Melaka Bersejarah yang terletak kira-kira 10 km ke selatan pelabuhan.

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka adalah berbentuk "T” iaitu panjang jambatan adalah sepanjang 400 meter dan panjang dermaga adalah 175 meter. Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka boleh menampung panjang kapal sehingga 150 - 160m LOA dan berat dalam muatan kapal sehingga 15,000 dwt. Kedalaman untuk di dermaga  “outer wharf” adalah 12 meter dan di dalam dermaga “ inner wharf” adalah 8.5 meter.

No
Keterangan
Format
Saiz
Tindakan
1
malacca port information handbook.pdf
Format PDF
4087kB
Untuk membuka fail di atas, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader Adobe Reader

Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-12-2016 :: 12:29 PM

Pautan Agensi Kerajaan Negeri