PENAFIAN

Terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Kumpulan Melaka Berhad (KMB). Sekiranya anda mengakses Laman Web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak bersetuju, diharap anda tidak melayari Laman Web ini.

 

Umum
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi Laman Web ini. Penggunaan dan / akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

 

Hak Cipta Terpelihara
Laman Web ini adalah Laman Web Rasmi KMB

Hak cipta Laman Web rasmi KMB dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kumpulan Melaka Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya.

 

Sekatan Penggunaan Kandungan
Tiada mana-mana bahagian Laman Web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada KMB. Untuk menggunakan sebarang bahagian kandungan di dalam Laman Web ini, pengguna mestilah mendapatkan kebenaran bertulis yang menyatakan kandungan yang digunakan, tujuan perlakuan, tempoh masa dan kuantiti pengguna. KMB mempunyai hak mutlak untuk tidak memberikan kebenaran tanpa sebarang alasan ; dan/atau jika maklumat yang diberi oleh pengguna tidak mencukupi.

Pengubahsuaian mana-maan kandungan atau penggunaan kandungan untuk sebarang tujuan merupakan penyalahgunaan harta intelek KMB. Grafik dan imej di Laman Web ini telah dilindungi dan tidak boleh dicipta semula atau diperlakukan tanpa sebarang kebenaran bertulis dari pihak KMB.

Kebenaran yang disediakan secara jelasnya oleh pihak KMB, kandungan yang boleh diperolehi ialah :--

  1. Pemberitahuan yang diberikan oleh KMB, memetik kepada sumber-sumber yang releven.
  2. Kandungan yang digunakan hanya untuk informasi dan bukan komersial atau penggunaan persendirian dan tidak akan disalin atau disiarkan di mana-mana rangkaian komputer atau penyiaran di mana-mana media, dan
  3. Tiada pindaan, penambahan atau perubahan kandungan data dalam apa jua cara.

Sebarang Permintaan untuk penyalinan semula kandungan dari Laman Web ini untuk tujuan komersial, sila hubungi kami melalui alamat berikut :

Ketua Pegawai Operasi

Kumpulan Melaka Berhad
No. 24-5 & 26-5, Tingkat 5
Bangunan Kota Cemerlang
75450 Lebuh Ayer Keroh
Hang Tuah Jaya, Melaka

Tel : 06-232 7880

Fax : 06-232 8980

 

Penafian Hak dan Tanggungjawab
Kandungan Laman Web ini disediakan sebagai dasar tanpa jaminan. Terma dan syarat penggunaan Laman Web ini diuruskan dan diselaraskan dalam persetujuan undang-undang. KMB tidak akan memberi sebarang jaminan undang-undang sekiranya  :--

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada Laman Web ini;

KMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan dalam sebarang bentuk samada secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kandungan Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain dari kandungan Laman Web ini.

 

Hak Capaian
KMB berhak untuk menghadkan capaian ke Laman Web ini kepada orang tertentu atau menyekat capaian dari alamat internet tertentu ke atas Laman Web ini, pada bila-bila masa, tanpa sebarang punca atau sebab dan sebagainya.

 

 

Pautan dari Laman Web ini ke Laman Web lain
Laman Web ini mengandungi pautan ke Laman Web lain yang tidak dimiliki dan diselenggara oleh KMB. KMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan pada Laman Web luar tersebut  dan tidak akan meminda terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap capaian Laman Web luar tersebut. Capaian terhadap Laman Web luar tersebut adalah di bawah risiko anda sendiri.

Laman Pautan luar ini disediakan sebagai kemudahan kepada orang ramai.Tiada keadaan di mana KMB berhak meminda sebagai menjaga hak anggota atau keahlian bersekutu atau anggota gabungan dalam apa jua cara dagangan atau kesan perkhidmatan, logo, tanda kebesaran atau lain-lain peralatan yang digunakan atau memaparkannya dalam Laman Web yang mana telah dipaut melalui Laman Web ini.

 

Pautan ke Laman Web ini dari Laman Web lain
Selain daripada perkara di bawah, pautan ke Laman Web ini adalah dilarang.

Pautan ke Laman Utama : Anda boleh berhubung ke Laman Web ini menerusi notis pemberitahuan KMB secara bertulis.

Hyper - pautan ke muka dalaman Laman Web ini : Anda mestilah mengemukakan permintaan yang terperinci dan kebenaran keselamatan dari pihak KMB terlebih dahulu. KMB berhak mengenakan syarat apabila memberi kebenaran hyper-pautan ke Laman Web ini atau mana-mana kandungan.

Pautan dan 'framing' anda ke Laman Web ini atau sebarang kandungannya akan dianggap penerimaan dan persetujuan anda ke atas semua syarat-syarat ini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan pengggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

KMB berhak untuk membatalkan sebarang pautan dan KMB tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kandungan yang diperolehi dari lain-lain Laman Web yang dipautkan ke atau dari Laman Web ini..

 

Perintah Undang-Undang
Terma dan syarat-syarat Laman Web ini diuruskan dan diselaraskan dalam persetujuan undang-undang Malaysia.


Tarikh Akhir Kemaskini :: 30-04-2015 :: 03:00 PM

Pautan Agensi Kerajaan Negeri