9 Jun 2025 – Kumpulan Melaka Berhad telah melaksanakan Program Ibadah Korban sempena sambutan Aidiladha 1446 Hijrah. Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan syiar Islam menerusi amalan korban, di samping memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja KMB.
Turut hadir YB Puan Tuminah Binti Kadi @ Mohd Hashim, ADUN kawasan Pantai Kundor merangkap ahli lembaga pengarah Kumpulan Melaka Berhad dan YBrs. Tuan Akmal Bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Eksekutif KMB.
Kumpulan Melaka Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, menyertai, dan membantu menjayakan program ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada ukhuwah yang lebih erat serta jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan warga KMB.