19 Februari 2025 – Sukan Antara Jabatan Kerajaan Negeri Melaka bagi edisi 2025 diteruskan bagi acara tenpin boling kategori beregu VIP di Melaka International Bowling Centre (MIBC)
Majlis penyampaian hadiah bagi acara tenpin boling disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Ir KhairulEzuan Harun , Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Melaka Berhad (KMB) mewakili YBrs. Tuan Akmal Bin Abdul Manap , Ketua Pegawai Eksekutif KMB diiringin YBrs. Tuan Mohd Asri Bin Hj. Ninggal , Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka bersama YBrs. Tuan Fasarul Md Isa, Pengurus Besar Melaka International Bowling Centre (MIBC).
KMB merakamkan ucapan penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Melaka atas peluang yang diberikan serta memilih MIBC bagi lokasi rasmi acara ini. KMB juga menzahirkan ucapan syabas kepada pasukan yang mewakili KMB dalam acara tenpin boling ini serta tahniah kepada semua pemenang bagi Sukan Antara Jabatan Kerajaan Negeri Melaka 2025. Sukan menyatukan rakyat, semoga acara sebegini dapat diteruskan serta menjadi simbol kebersamaan.