5 April 2025 – Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berpeluang menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Melaka International Trade Centre (MITC). Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia mengiringi TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, YDP Negeri Melaka, bersama YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka , Menteri-Menteri Kabinet dan dif-dif kehormat.
Kumpulan Melaka Berhad berbesar hati diberi peluang untuk menyediakan juadah hari raya seperti Kambing Golek dan sate kepada semua tetamu yang hadir. Di kesempatan ini, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka atas peluang kerjasama ini sekaligus membuka ruang untuk kami bertemu rakyat khususnya di negeri Melaka.
KMB Bersama Memeriahkan Sambutan Aidilfitri Madani 2025
