TERKINI – Kumpulan Melaka Berhad ditugaskan untuk menyelenggara Taman Ekstrem Tasik Chichin di Jasin Melaka yang dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI). Penyelenggaraan ini meliputi beberapa fasa melibatkan baik pulih fasiliti asas di Taman Ekstrem Tasik Chinchin seperti unit-unit chalet , surau , tapak perkhemahan , dewan serbaguna , taman permainan air kanak-kanak , restoran terapung dan beberapa fasiliti yang lain. Aktiviti penyelenggaraan ini dilaksanakan di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Projek & Teknikal.