18 Januari 2025 – Kumpulan Melaka Berhad (KMB) diberi peluang untuk bersama penduduk Dun Kuala Linggi bagi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat yang berlangsung di SK Othman Syawal, Linggi Melaka. KMB berbesar hati dijemput sebagai salah satu pempamer di program tersebut dan mengambil peluang ini mempromosikan produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami.
Program ini juga dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka diiringi barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir di tapak pameran , YBrs. Tuan Akmal Bin Abdul Manap , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad.
KMB Turun Padang ke Program Wakil Rakyat untuk Rakyat Dun Kuala Linggi
