Skip to content Skip to footer

Ladang Solar KMB Dilawati oleh Kolej Vokasional Klang

21 Januari 2025 – Jabatan Harta & Solar KMB menerima lawatan dari Kolej Vokasional Klang ke ladang solar milik KMB . Seramai 26 orang pelajar dari Program Teknologi Elektrik bersama para pensyarah hadir menyertai lawatan tersebut. Lawatan yang mengambil masa sekitar 2 jam ini memberi pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah mengenai ilmu penjanaan solar serta mereka dapat merasai pengalaman sebenar berada di ladang solar.

Kumpulan Melaka Berhad (KMB) sangat berbesar hati menerima lawatan ini dan merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kolej Vokasional Klang atas kesudian memilih KMB sebagai lokasi lawatan . Semoga dengan lawatan ini mampu memberikan pendedahan yang sedikit sebanyak membantu dalam pengajian para pelajar khususnya.

senangPay logo

© 2015 – 2021 Kumpulan Melaka Berhad

egp88 king138 koin138 wild168gg agen338 link alternatif