DIS 2024 – Kumpulan Melaka Berhad (KMB) sedang menjalankan penukaran 744 panel baharu di ladang solar milik KMB. Penukaran panel solar dilaksanakan oleh pasukan dari Jabatan Harta & Solar, turut membantu beberapa staf Kumpulan Melaka Berhad.
Proses penggantian panel solar ini sudah mencapai lebih 60% siap. Tujuan penukaran panel solar baharu ini kerana mampu menjana tenaga solar yang lebih efisien dan baik. Pastinya KMB terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kemajuan ekonomi khususnya bagi negeri Melaka.