Skip to content Skip to footer

Program Bubur Lambuk KMB Meriahkan Ramadan

20 Mac 2025 – Kelab Kebajikan dan Sukan Kumpulan Melaka (KKSKMB) Berhad mengadakan Program Bubur Lambuk sempena bulan ramadan.

Aktiviti merewang bubur lambuk dan bubur pulut hitam yang disertai oleh YBrs. Tuan Akmal Bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Eksekutif KMB, Tuan Hj. Ir.Khairulezuan Harun, Ketua Pegawai Operasi bersama Tuan Mohktar Bin Tumin, Ketua Pegawai Kewangan diiringi En Muhammad Zul Hafiz, Presiden Kelab Kebajikan dan Sukan KMB. Para AJK dan staf KMB turut memeriahkan aktiviti rewang ini serta terlibat dalam proses pengagihan bubur di sekitar Kota Cemerlang & rakan niaga KMB.

Mewakili AJK KK&S KMB merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan dan staf yang terlibat dalam Program Merewang Bubur Lambuk ini. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga KMB selari dengan fungsi Kelab Kebajikan dan Sukan di sesebuah organisasi.

Kumpulan Melaka Berhad

No. 24-5 & 26-5, Tingkat 5,
Bangunan Kota Cemerlang
75450 Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, Melaka

Tel: +606 232 7880 / +606 232 1880
Fax: +606 232 8980
Email: info@kmb.com.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 5:00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengahari
2:45 petang – 5:00 petang

© 2021 – 2025 Kumpulan Melaka Berhad