19 April 2025 – Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berbesar hati bersama – sama Kerajaan Negeri Melaka menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Bin Yusoh , Ketua Menteri Melaka. Turut hadir dan menyambut tetamu, YBrs. Tuan Akmal Bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad , AJK Kelab Kebajikan dan Sukan KMB serta para pegawai.
Kumpulan Melaka Berhad (KMB) diberi peluang untuk menyediakan juadah Hari Raya seperti Nasi Briyani bersama lauk kepada semua tetamu yang hadir. Pihak KMB merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka atas peluang kerjasama ini.