Skip to content Skip to footer

Sumbangan BACK TO SCHOOL 2025 bakar semangat pelajar mulakan sesi baharu

7 Februari 2025 – Kumpulan Melaka Berhad  (KMB) dengan kerjasama  JPKK Pengkalan Balak & KRT Pengkalan Balak telah mengadakan program Sumbangan Kelengkapan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan.

Program dihadiri oleh YBrs. Tuan Akmal Bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Eksekutif KMB diiringi Ketua Pegawai Kewangan , En Mohktar Bin Tumin bersama En Jefnee Bin Jaafar, Pengurus Kanan Pentadbiran & Sumber Manusia KMB, para pegawai dan ahli jawatankuasa JPKK Pengkalan Balak serta KRT Pengkalan Balak. Sumbangan diberikan kepada 50 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Pusat Pakaian Hari Hari cawangan Masjid Tanah, Melaka.

Ucapan penghargaan diberikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Bin Yusoh, Ketua MenterI Melaka merangkap Pengerusi Kumpulan Melaka Berhad atas sokongan kepada program ini. KMB berbesar hati meneruskan program seumpama ini dalam usaha membantu masyarakat sekaligus membuka peluang kepada KMB untuk turut bersama Kerajaan Negeri Melaka dalam mengutamakan Kebajikan masyarakat selain matlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi Kerajaan Negeri Melaka.

Kumpulan Melaka Berhad

No. 24-5 & 26-5, Tingkat 5,
Bangunan Kota Cemerlang
75450 Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, Melaka

Tel: +606 232 7880 / +606 232 1880
Fax: +606 232 8980
Email: info@kmb.com.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 5:00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengahari
2:45 petang – 5:00 petang

© 2021 – 2025 Kumpulan Melaka Berhad