2 DIS 2024 – Kumpulan Melaka Berhad (KMB) menzahirkan rasa syukur di atas penganugerahan “TOP PERFORMERS AWARD” di Majlis Makan Malam dan Penganugerahan CEO OF THE YEAR Bagi Tahun 2023/2024. Anugerah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Warga KMB di bawah pimpinan Tuan Akmal Bin Abdul Manap selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri atas pengiktirafan ini.
Besar harapan kami di Kumpulan Melaka Berhad untuk terus memacu kemajuan Kerajaan Negeri Melaka sekaligus membantu meningkatkan pertumbuhan hasil ekonomi yang berterusan terhadap kerajaan negeri. Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini dapat memangkin semangat warga kerja KMB untuk terus memberikan perkhidmatan dan pentadbiran terbaik bagi mencapai setiap satu matlamat.